Course Content
Kursus Forensik Kewangan (Copy 1)
About Lesson

Ada banyak faktor kenapa permohonan pembiayaan hartanah yang dibuat di institusi kewangan di tolak. Ini kerana pihak institusi kewangan mempunyai kaedah penilaiannya tersendiri. Namun secara asasnya mereka akan melihat samaada DSR (Debt Service Ratio) peminjam tidak melebihi kadar asas 60% daripada pendapatan bersih pemohon pinjaman seperti contoh kiraan yang di berikan. Lebih rendah DSR , lebih mudah pembiayaan hartanah diluluskan. Pihak institusi kewangan juga melihat sejarah kredit pemohon. Pemohon yang mempunyai sejarah kredit yang baik akan lebih mudah lulus pembiayaann berbanding pemohon yang tidak mempunyai sejarah kredit.

Selain itu institusi kewangan juga melihat 5C untuk menentukan profil kewangan pemohon pinjaman baik atau tidak. Apakah 5C tersebut?

Collateral – Jaminan atau cagaran untuk mendapatkan pembiayaan

Dari segi kertas kerja yang di kirim semasa membuat permohonan , bukti yang menunjukkan bahawa pemohon mempunyai cagaran kewangan yang baik seperti mempunyai simpanan yang mencukupi (lampiran seperti simpanan di Tabung Haji , Sijil ASB , Sijil Saham , Fixed Deposit , Time Deposit dan sebagainya akan memberikan gambaran kekuatan kewangan pemohon. Jenis pekerjaan pemohon juga memberikan mata atau markah kepada pemohon , sebagai contoh pemohon yang berjawatan tetap atau bekerja di sektor awam , GLC atau syarikat swasta terkenal lebih terjamin di kaca mata institusi kewangan berbanding yang bekerja seacara kontrak , syarikat kecik atau bekerja sendiri.

Capacity & Capability – Keupayaan membayar balik pembiayaan

Ini di lihat dari sudut pendapatan pemohon , lebih banyak bukti menunjukkan pemohon mempunyai sumber pendapatan pelbagai lebih mudah untuk mendapat kelulusan pembiayaan , sebagai contoh pemohon mempunyai pekerjaan tetap tetapi pada waktu yang sama mempunyai pendapatan tambahan dari pekerjaan atau perniagaan sampingan dengan bukti pendapatan melalui dokumentasi seperti bukti perniagaan , penyata bank atau voucher penerimaan bayaran.

Condition – Memenuhi syarat permohonan pinjaman

Setiap institusi kewangan mempunyai terma dan syarat tersendiri dalam permohonan pembiayaan hartanah seperti umur minima pemohon , jenis pekerjaan , nilai pembiayaan , tempoh pembiayaan , dokumentasi yang di perlukan dan sebagainya , pemohon mestilah memenuhi kesemua terma dan syarat permohonan sebelum permohonan pembiayaan boleh di proses bagi kelulusan kelayakan.

Capital – Modal untuk pembelian hartanah

Daripada dokumentasi yang di sertakan semasa memohon pembiayaan hartanah pihak bank juga ingin melihat samaada pemohon mempunyai cukup modal bagi pembelian hartanah terbabit seperti wang deposit , wang pembayaran yuran guaman , caj dan Fi perkhidmatan tambahan melalui bukti simpanan yang di miliki pemohon.

Character – Sikap dan keperibadian pemohon pinjaman

Tiada siapa yang akan meminjamkan kita wang kalau kita mempunyai rekod , perangai atau sikap buruk berkaitan kewangan seperti lewat membayar ansuran , menangguh ansuran bulanan , semua ini di lihat melalui laporan CCRIS (credit checking reference information system) yang dipantau Bank Negara atau melalui laporan CTOS (Credit Tip Off System) yang biasanya di gunakan oleh pihak ketiga sebagai satu sistem pemarkahan untuk menilai sikap dan perlakuan pemohon samaada boleh diperayai , jujur dan amanah dalam membayar balik pembiayaan.

Communication – Komunikasi, tambahan kepada 5C sedia ada, hubungan dengan institusi kewangan sangat penting untuk memudahkan pinjaman dibuat

Selain daripada apa yang dinyatakan di atas komunikasi yang baik antara pemohon dan pembiaya juga merupakan satu faktor untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan terutama jika pemohon memudahkan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh staff pembiaya , seperti menyusun semua dokumentasi dengan teratur dan berlabel , tidak “stapler” dokumen cukup sekadar mengepit dengan alat kepitan bagi memudahkan staff pembiayaan membuat pendua jika diperlukan , selain itu semua dokumen sokongan di label dengan baik bagi memudahkan staff pembiaya menyemak semua dokumen yang di lampirkan semasa permohonan.

Semua yang diatas di lihat atau dinilai melalui dokumentasi yang di kirim atau yang di berikan semasa sesi permohonan pinjaman. Pihak pembiaya tidak kenal siapa pemohon secara peribadi tetapi pihak institusi mengenali pemohon melalui dokumentasi yang di berikan pemohon pinjaman. Maka pastikan dokumen yang di berikan semasa permohonan lengkap untuk memudahkan proses semakan dan permohonan kelak.